Sunday, 18 December 2011

Kerjasama Ar-Arawi Group

Ribuan terima kasih kepada Ar-Arawi Group (Perlis) diatas kepercayaan untuk bersama I Strategy dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan.

Diharap dengan kerjasama ini akan lahir pelbagai cetusan idea-idea baru yang bakal menembusi pasaran emas di Malaysia.

Salam Ukhwah dari Group I Strategy (Kuala Lumpur).

Wednesday, 13 April 2011

Pelaburan emas di Malaysia

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.


Sebagai contoh dari rekod Bank Negara Malaysia (BNM),
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:
~>18/7/2001 ialah RM1082.00
~> 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!! 

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!!
 


Namun tahukah anda bagaimanakan cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? apakah pelaburan yang terbaik? dimana mendapatkannya? blog I STRATEGY RESOURCES akan menjawab persoalan ini untuk anda.
Kami akan membuat analisa dari masa ke semasa tentang kebaikan/keburukan dan perkembangan emas di Malaysia.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Sunday, 27 February 2011

Sejarah awal Emas

Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin aurum, Inggeris kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.
Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut (lihat album emas).
Circumpunct.png
Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
All Right Reserved By I Marketer
All Right Reserved by Zulfakar